Sunday, February 21, 2010

Selamat Datang Ke Jadual Kedatangan Pelajar

Selamat Sejahtera
Diucapkan Kepada Puan Pengetua, Guru-guru Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia dan Rakan Seperjuangan saya.

Dengan rendah diri saya menghulurkan satu alat elektronik yang akan membantu rakan sekelian untuk menguruskan pentadbiran kelas masing-masing. Untuk mendapatkan program ini, anda boleh kilik di sini:
Jadual Kedatangan Pelajar (KEDAP). Sila copy dan paste pautan di atas jika tidak berjaya. Anda boleh juga hantar email kepada saya jika ingin dihantar secara attachment. 


Saya percaya rakan-rakan sekelian dapat menggunakannya dengan senang untuk menyelesaikan masalah rumit yang mencabarkan ini.

Saya akan berbangga sekiranya usaha saya ini meringankan beban rakan sekelian dan seterusnya menarik nafas lega.

Selalunya guru-guru yang berpengalamanpun membuat pengiraan yang kurang tepat dalam pengurusan jadual kedatangan pelajar sehingga merumitkan pihak pentadbir di peringkat atas.

Bagaimanakah perasaan anda jika diberi peluang untuk hanya menandakan '0', 'L', 'P', 'S' atau 'W' sahaja untuk pelajar-pelajar yang tidak hadir. Anda akan mendapati hanya perlu menandakan '0' kerana keadaan-keadaan seperti Lewat, Ponteng, Sebab, dan Wakil jarang sekali berlaku. Bayangkan pula keadaan-keadaan berikut:
  1. Hanya perlu mengisikan butiran pelajar sekali sahaja dalam setahun. BERBANDING menulis nama pelajar setiap kali pada awal bulan.
  2. Bilangan pelajar yang tidak hadir, pelajar hadir dan Jumlah pelajar dikira secara otomatis. BERBANDING mengira butiran ini setiap kali pada hari persekolahan.
  3. Bilangan hari yang pelajar tidak hadir pada bulan semasa, Jumlah ketidak-hadiran dari bulan lepas dan Jumlah ketidak-hadiran keseluruhan dikira secara otomatis. BERBANDING kiraan manual yang perlu dilakukan setiap akhir bulan.
  4. Peratus, Hitung Panjang Kehadiran dan Hitung Panjang Ramai Pelajar dikira secara otomatis. BERBANDING kiraan manual yang perlu dilakukan setiap akhir bulan.
  5. Butir-butir cuti mingguan dan cuti penggal dan cuti umum sudah ditetapkan. BERBANDING butir-butir ini perlu dipertimbangkan dengan teliti oleh guru-guru tingkatan.
Ini adalah beberapa kemudahan yang saya wujudkan dengan satu cita-cita yang murni: MERINGANKAN BEBAN GURU.

Kesanggupan saudara-saudari untuk berkerjasama dan komitmen yang seterusnya akan menerajui hasrat Kerajaan Malaysia untuk memartabatkan sistem pelajaran negara kita jika semua pihak di semua peringkat mempunyai wawasan yang terbilang.

Walau apapun pembaharuan, proses perlaksanaan tidak akan berlaku dalam sehari semalam. Ini adalah satu hakikat evulusi yang pahit dan perlu diakui.

Dalam hal Jadual Kedatangan Pelajarpun, hakikat ini boleh diterima-pakai. Malah, tidak hairan jika ada pihak yang menolak bulat-bulat.

Oleh itu, saya mengambil satu cara penyelesaian yang sederhana dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:-
  1. Guru-guru mempunyai pilihan untuk menerima atau tidak sistem aplikasi ini.
  2. Pengisian jadual kedatangan pelajar secara manual dengan menggunakan buku kedatangan dan pena hitam masih kekal sebagai cara teras.
  3. Guru-guru yang berani mencuba diberi tunjuk-cara dan bimbingan bila menghadapi masalah.
  4. Jika pihak pentadbiran sekolah menganggap keadah ini sangat berguna dan perlu diperkenalkan ke seluruh sekolah di negara ini, saya akan menggunakan saluran sekolah untuk mendekati para guru.
Projek ini adalah perintis dan saya tidak menafikan jika ada kecacatan. Program ini dibangunkan dalam masa kurang dari 24 jam. Oleh itu, guru-guru perlu memerhatikan jika ada kesilapan dalam program ini dan memaklumkan saya untuk diperbetulkannya.


PENGGUNAAN
  1. Guru-guru perlu copy fail ini ke dalam komputer masing-masing. Ada banyak cara untuk melakukannya.
  2. Klik-kanan (Right-click) pada fail tersebut dan klik pada Rename. Kemudian taip nama kelas yang unik. Contoh: 2 Siantan. Nama fail ini akan terpapar dalam cetakan helaian dan mudah dikenali. Untuk keseragaman Nama kelas dan nama tingkatan perlu dijarakkan. (2[JARAK]Siantan)
  3. Bila anda buka fail ini Tab ASAS terpapar dan anda perlu masukkan maklumat pelajar. Jika anda mendapati bermasalah, hanya perlu taip NAMA PERTAMA dan JANTINA sahaja. Maklumat-maklumat ini akan disalin secara otomatis dalam Tab-tab lain dari Januari hingga Disember.
  4. Klik pada Tab JAN dan anda mungkin kagum melihat manual-manual kerja yang anda rasa leceh sudah disediakan.
  5. Rujuk kepada Buku Kedatangan kelas anda dan selak halaman untuk bulan Januari. Anda hanya perlu ubah tanda '1' kepada '0' bagi belajar yang tidak hadir pada hari tersebut. 'L', 'P', 'S', 'W' boleh diisi jika anda tidak keberatan. '1' dan 'W' akan dikira sebagai hadir manakala yang lain akan dikira sebagai tidak hadir.
  6. Anda hanya perlu ambil masa kurang dari 5 minit untuk manual kerja ini. Sekali lagi anda akan kagum melihat keupayaan program ini untuk mengira maklumat-maklumat kehadiran pelajar seperti silap-mata.
  7. Oleh kerana projek ini perintis, anda tidak perlu duduk di depan komputer setiap hari untuk melaksanakan manual kerja ini. Saya rasa sesuai kiranya memperuntukkan masa sehari dalam seminggu. INGAT: Pengisian buku kedatangan harian adalah mendatori. Penggunaan program ini tidak boleh diberi alasan jika tertangkap gagal mengisi buku tersebut.
  8. Harapan saya buat ketika ini: Guru-guru mengisi ketidak hadiran pelajar untuk bulan Februari dan membandingkan analisa bulanan yang dikira oleh guru dan yang dikira oleh program ini. Jika anda tersenyum riang melihat usaha saya ini sedang meringankan kerja, saya akan bersyukur.
Selamat melangkah ke KEDAP (Jadual KEDAtangan Pelajar)